Tular baru-baru ini isu membabitkan seorang penghantar makanan Foodpanda apabila motosikal miliknya telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) berikutan cukai jalan dan insuransnya didapati telah tamat tempoh sejak 6 Februari lalu.
Ianya menjadi perdebatan hangat netizen di media-media s0sial apabila ada yang mengkritik bahawa JPJ tidak bertimbangrasa dan tiada keperluan untuk menyita kenderaan milik bapa kepada 2 anak terbabit.
Tidak berdiam diri, JPJ tampil membidas krit1kan tersebut dan menyatakan alasan mengapa pihaknya melakukan tindakan (sita) itu.
Dalam pada itu tidak kurang juga terdapat di kalangan netizen yang menyokong tindakan JPJ tersebut.
Menerusi laman Instagram milik pelakon senior Azhar Sulaiman ,pelakon itu mempersoalkan adakah Pegawai JPJ sepatutnya menggunakan Kuasa Budi Bicara mereka didalam situasi sebegini?
Dalam masa yang sama Azhar berkongsi mesej yang mendalam tentang bah4yanya memandu tanpa insuran.
“Sebuah kereta telah accident dan terbabas jatuh kedalam gaung dan pemandunya m4ti. Soalannya….apa yang masih hidup selepas kereta itu habis terbakar hangus?
Didalam insiden Pihak JPJ telah menyita motorsikal milik Anak Panda ni. Adakah Pegawai JPJ sepatutnya menggunakan Kuasa Budi Bicara mereka didalam situasi sebegini? Jawapan, Ya atau Tidak? Behar kadang kadang kena saman & kadang kadang dilepaskan dgn nasihat dan amaran.
Anggaplah That Day Was A Bad Day For The Panda Boy and semoga Rider lain akan checklah roadtax or lesen masih atau dah mati.”- pesan pelakon ini lagi.
Pesanan Azhar ini telah mendapat persetujuan dari segelintir peminatnya di ruangan k0men.
Ada yang tidak menyalahkan pegawai JPJ yang hanya menjalankan tugas.
“Kita kene ada rasa tanggungjawab atas diri sendiri. Kalau kita memandu, melibatkan semua pengguna atas jalan raya. Betul kesian kat mamat ni, tapi kenalah bertanggungjwab.”- balas netizen .
“7 bulan roadtax mati, so bukan alasan terlupa/terlepas pandang. Kalau any accident happen, dia akan susahkan pihak lain. So its a BIG NO for me. Budi bicara ada tempatnya. Pihak JPJ sita ada sebab, takut membahayakan orang lain”- tulis netizen yang lain.
Sebagai info, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kes4lahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:Murai
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: