Seorang pegawai kimia memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bahawa sampel air kencing yang diambil dari penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman positif ‘c4nnabinoid’ atau g4nja.
Menurut laporan dari portal media Berita Harian, Pegawai Sains (Kimia Hayat) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Rusli Ibrahim, 56, menges4hkan ujian saringan dijalankan ke atas sampel air kencing Yasin sebelum mendapati ia positif ‘c4nnabinoid’, pada 30 Mac tahun lalu.
Rusli berkata lagi botol air kencing itu kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk yang dikhaskan pada suhu dua hingga lapan darjah Celcius.
“Hanya saya dan (Juruteknologi Makmal Perubatan), Abdul Majid Khan Suliaman yang mempunyai kawalan terhadap peti sejuk itu,” kata saksi pend4kwaan kelima terbabit ketika membaca pernyataan bertulis saksi, hari ini.
Tambah Rusli, ujian penges4han dijalankan menggunakan bahan kimia dikhaskan mengikut prosedur amalan piawai ditetapkan ke atas sampel air kencing Muhammad Yasin, pada 8 April tahun lalu.
“Hasil akhir ujian analisa mendapati sampel air kencing Muhammad Yasin mengandungi ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’, iaitu dad4h tersenarai dalam jadual pertama Akta D4dah Berb4haya 1952,” katanya.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu did4kwa memberikan dirinya d4dah di pejabat n4rkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.
Hukuman den.da tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesa4ahan.
Selain itu ,Yasin juga did4kwa memiliki d4dah jenis k4nabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok g4nja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, di sini, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim, Faiz Dziyauddin, bersambung Jumaat ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: Xtra