Pemain pertahanan China hilang tujuh batang gigi gara-gara Syahmi

Aksi mencem4skan, namun stabil. Itu yang boleh digambarkan mengenai keadaan pemain pertahanan China, Li Shuai apabila terpaksa dicabut tujuh batang giginya selepas pertembungan di udara dengan pemain Harimau Malaya, Syahmi Safari pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, Sabtu lalu.

Pada perlawanan yang berakhir seri 1-1 di Stadium Phoenix Hill, Shuai berlaga dengan Syahmi lima minit sebelum wisel penamat dan pemain Shanghai Port itu dikejarkan ke h0spital selepas tidak sedarkan diri.

China Sports Vision 2050 melaporkan selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan tulang belakang Shuai tidak terjejas namun susulan pertembungan itu, tujuh giginya terpaksa dicabut.

Terkini, pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berita itu pastinya melegakan ketua jurulatih Negara Tembok Besar, Aleksandar Jankovic.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon mendahului tuan rumah pada minit ke-11 apabila Faisal Halim meledak gol namun China menyamakan kedudukan menerusi Lin Liangming pada minit ke-36.

Sumber:BH