Nenek jumpa cucu m4ut dalam mesin basuh

Luluh hati seorang nenek apabila menemukan cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah mesin basuh di rumah mereka di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini, semalam.

Difahamkan kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun itu disahkan sudah meniggal dunia ketika dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada 11.44 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama ahli keluarga lain di dalam rumah semasa kejadian.

“Bagaimanapun, dia ditemukan di dalam mesin basuh oleh neneknya jam 9.30 pagi.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meniggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi hari ini (Isnin),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, hasil bedah si4sat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan keced.eraan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Kes akan disisat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Sumber:BH