Rebah di tempat kerja, Bad Indigo meninggal dunia

PENYANYI Bad Indigo dilap0rkan telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kerjanya di Ampang, Selangor, kira-kira pukul 7 malam, Khamis.

Berita sedih itu disahkan oleh penyanyi Liza Hanim yang memaklumkan mendapat khabar tersebut daripada rakan-rakan suaminya iaitu Shah yang juga merupakan anggota Indigo.

“Saya dapat tahu dari rakan-rakan. Arwah meninggal di tempat kerja. Punca kematiannya saya pun masih belum tahu.

“Saya dan suami dalam perjalanan ke sana. Kami masih terkejut dengan berita itu,” katanya ketika dihubungi.

Liza juga memaklumkan  jenazah penyanyi itu masih berada di tempat kejadian dan sedang diuruskan oleh pihak paramedik.

Sementara itu, sahabat kepada Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Panjang memberitahu Bad rebah secara tiba-tiba sebelum pulang ke rumah.

Malah dia masih belum mempunyai maklumat mengenai punca kem4tian sebenar dan sedang menunggu siasatan pihak berkuasa.

“Arwah meninggal di tempat kerja. Dia tiba-tiba sesak nafas sebelun balik kerja. Sekarang pihak polis masih jalankan siasatan.

“Urusan pengebumian akan dimaklumkan pihak keluarga,” jawabnya ringkas.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berusia 48 tahun pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Ashira ketika sama-sama menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim 7 yang lalu.

Namun perkahwinan itu cuma bertahan selama setahun sebelum masing-masing memilih haluan sendiri .

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r