Faceb0ok, Instagram kenakan caj langganan RM50 bermula November ini

Tidak mahu melihat iklan di Facebook? Instagram? Sila bayar RM50!

Bermula November ini,Facebook dan Instagram akan memperkenalkan perkhidmatan langganan kepada pengguna di kebanyakan negara Eropah serta Switzerland untuk menyekat iklan daripada muncul di platform tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dalam erti kata lain, Pengguna yang mempunyai platform dimiliki syarikat Meta itu perlu membayar €9.99 (RM50.43) sebulan sekiranya mahu menikmati pengalaman tanpa iklan.

Menurut Meta, langganan itu bertujuan untuk mengatasi kebimbangan yang disuarakan EU sebelum ini, dan bukannya mahu mengaut keuntungan.

“Pilihan untuk membeli langganan tanpa iklan mengimbangi keperluan pengawal selia Eropah sambil memberi pilihan kepada pengguna serta membenarkan Meta untuk terus berkhidmat kepada semua pihak di EU, EEA dan Switzerland,” kata Meta dalam satu kenyataan.

Pengguna akan diberi pilihan sama ada untuk terus menggunakan platform secara percuma di mana data mereka dikumpul, atau membayar untuk mengelak daripada iklan yang disasarkan.

Perkhidmatan itu akan mengenakan bayaran tambahan €3 (RM15) sebulan jika digunakan pada peranti iOS atau Android selepas mengambil kira yuran tambahan yang diambil oleh platform tersebut.

Sumber:K! Online