“Kena bagi sebab ikut teman lelaki baru lepas kot”- Ajak Shiro

Demi melunaskan tanggungjawab sebagai guru, isteri kepada pelawak Ajak Shiro,Nur Afifah Amin terpaksa memandu sejauh 152 kilometer dari kediaman mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor ke sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan setiap hari.

Bagaimanapun baru-baru ini Ajak meluahkan rasa terkilannya apabila kebajikan isterinya yang kini berdepan sakit tulang belakang akibat pemanduan jarak jauh,seperti tidak diendahkan pihak bertanggungjawab.

“Dia sakit tulang belakang. Berdasarkan Pengimejan Resonan Magnet (MRI) pagi semalam doktor nasihat jangan memandu lama.

“Setiap hari, dia memandu dari Bandar Utama, Selangor sampailah ke sekolahnya di Nilai. Hantar anak main bola dan tuisyen lagi, jadilah 152 kilometer (km) sehari.

“Ini rutin harian dia. Kalau saya tidak kerja barulah saya akan bantu dia ambil dan hantar anak-anak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd. Hanaffi Razak itu turut menasihati isterinya agar tidak terkejar-kejar ke tempat kerja tanpa menghiraukan tindakan yang bakal dikenakan.

“Lepas ini sakit, ambil cuti sahaja. Kalau tidak larat bawa kereta, berhenti rehat tepi jalan.

“Kalau datang lambat ke sekolah biar sahaja mereka ambil tindakan, yang penting jaga kesihatan.

Ajak juga percaya ramai lagi guru lain yang mempunyai masalah permohonan pindah tidak dilayan seperti isterinya.

“Alasan ikut suami pun dia tidak pandang, kena bagi sebab teman lelaki baru dia lepas kot,” ujar selebriti itu,sinis.

Sumber:K!Online