Penyanyi dan aktivis s0sial,Ariz Ramli,35 atau lebih terkenal dengan panggilan Caprice diminta hadir ke Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Ia berikutan susulan tindakan pempengaruh itu memuat naik video reaksi berhubung insiden seorang pelajar m4ut dilanggar pada 15 Disember lalu melibatkan seorang pegawai kanan polis.
“Salam guys, Cap (panggilan Caprice) dipanggil untuk pergi ke IPD Dang Wangi pada pukul 2 petang tentang video viral di TikTok berkenaan mamat polis yang langgar budak sekolah,” katanya.
Caprice memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Caprice memaklumkan akan ke IPD Dang Wangi.
Sebelum ini, Caprice memuat naik sebuah video tentang insiden tersebut dan menggelar anggota polis berkenaan menggunakan kata-kata kesat.
“Seorang yang ada uniform biru, yang patut jaga keselamatan kita akhirnya menjadi seorang p****k dan bvnuh budak sekolah,” katanya.
Bagaimanapun Caprice menjelaskan video berkenaan sudah pun dipadam selepas ia dianggap melaggar garis panduan kandungan di media s0ial.
Terdahulu m4ngsa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, m4ut selepas did4kwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.
Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara mngsa dan suspek susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.
Hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meniggal dunia akibat kece.deraan di bahagian dada dan abdomen.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, Ipoh.
Sementara itu, pegawai polis kanan tersebut, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihadapkan ke M4hkamah Majistret Ipoh pada Isnin lalu atas tuduhan membvnuh.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mst4r