Isteri Zarul Umbrella dikurniai Pingat Pangkuan Negara, Tahniah!

Kejayaan pada sebuah hubungan apabila suami isteri saling mempercayai dan saling memberi sokongan ,dalam apa jua keadaan.

Bagi penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella,usahanya itu berbaloi apabila isteri tercintanya baru sahaja dikurniakan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Istiadat pengurniaan pingat kebesaran berlangsung di Istana Negara.

Pada majlis itu, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin hadir menemani isteri tercinta iaitu Intan Nur Fathihah.

Selebriti yang pernah berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.

Sementara isterinya, anggun dalam busana tradisi rona pastel pic sedondon dengan tudung.

Menerusi perkongsian foto di media sosial milik Zarul, jelas terpancar wajah teruja dan syukur pasangan romantis ini. Di samping mengabadikan momen istimewa tersebut buat kenang-kenangan.

Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.

Zarul mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 25 April 2009. Menerusi perkahwinan terdahulu, Zarul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ayu Nur Arisya berusia 22 tahun.

Selain aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul turut aktif sebagai YouTube Vloger.

Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Intan Nur Fathihah di samping memuji Zarul yang sentiasa memberi dorongan buat isteri.

– “Barakallah masya-ALLAH tahniah Kak Intan.”

– “Alhamdulillah tahniah Intan. Tahniah juga @zarulumbrella sebagai suami.”

– “Alhamdullilah, congratulations for your wife for such wonderful achievements.”

– “Isteri yang berjaya ada suami yang menyokong di belakangnya. Alhamdulillah Abang Zarul berjaya menjadi contoh, tahniah buat isteri.”

– “Tahniah buat isterinya and the man behind her success.”

Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, PPN merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.

Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na