“Tidak boleh pentingkan diri”- Nas Ahmad

“Tidak boleh pentingkan diri dan ikut saja giliran”, itu ulas bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad, 62, ketika tidak ditanyakan situasi pesakit kena ‘sidai’ di hospital hingga terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan penyakit kr0nik seperti masalah jantung.

Menurut pemilik nama sebenar, Md Nasir Ahmad ini, meskipun setiap orang ada pandangan sendiri terhadap perkhidmatan hospital, namun melalui pengalaman dirinya sebagai pesakit, situasi ‘disidai’ itu tidak pernah berlaku.

“Alhamdulillah, sehingga kini saya tak pernah kena ‘sidai’ atau ‘disidai’ oleh pihak hospital untuk menjalani rawatan. Cuma, perlu mengikut giliran sebagaimana ditetapkan menerusi tarikh temujanji dengan doktor.

“Sebagai pesakit, kalau pun perlu menunggu, itu situasi atau perkara biasa kerana bukan kita seorang saja yang sakit, tapi ada ramai lagi orang sakit dan perlukan rawatan. Jadi, ”

“Lagi pula, sistem giliran dibuat pihak hospital dengan mengaturkan tarikh temujanji pesakit adalah wajar dan jika berasa kurang sihat sebelum itu, terus saja ke hospital dan pasti dilayan,” katanya lagi.

Terdahulu, Nas dilaporkan berhadapan masalah jantung pada 2022 lalu apabila dimasukkan ke H0spital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan, namun dia kemudian dirujuk ke Hospital Serdang kerana pakar jantung di sana.

Bapa empat anak yang pernah dikenali sebagai ‘Abang Nas Terjah’ ini berkata, dia amat menghormati pandangan peribadi orang lain, namun meminta agar berhati-hati supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Nas yang kini berada dalam keadaan sihat dan stabil dijangka akan menjalani rawatan Angiogram bagi masalah jantung dihidapinya pada Mac depan di Hospital Serdang.

Dia yang sepatutnya sudah melakukan rawatan Angiogram itu pada awal Januari lalu, terpaksa ditangguhkan kerana keputusan ujian d4rah terlalu cair dan dibimbangi da4rah susah berhenti jika melakukannya.

Nas kini tidak boleh bekerja kerana masalah jantungnya itu, berstatus asnaf disebabkan miskin bandar dan menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) untuk membayar sewa rumah, RM700 sebulan.

Sumber:HM