Ketentuan Ilahi buat Dynas Mokhtar

PELAKON dan pengacara Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, seorang bayi lelaki pada pagi Jumaat.

Dynas atau nama lengkapnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 36, menerusi Instagramnya telah memuat naik sekeping gambar tapak tangannya dan suami bersama bayi mereka.

Menurut Dynas, dia dan cahaya matanya itu dalam keadaan yang baik.


“Ketentuan Illahi… Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. We are well. #170519 #LilP #Rikdy,” tuli Dynas sebagai kapsyen.

Dynas dan suami, Muhammad Syazrik Che Mohd Din berkahwin pada 21 April tahun lalu. Dynas menerusi perkahwinan terdahulunya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments