“First time menang untuk NEGARA”- Jihan Muse

Pelakon dan pengacara, Jihan Muse berjaya merangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 bagi drama bersiri Keluarga Baha Don.

Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Jihan merasa bersyukur kerana ini pertama kali dia memenangi anugerah buat negara tercinta.

Dalam kategori tersebut Jihan juga turut bersaing bersama beberapa pelawak lain dari India, China/Hong Kong, Thailand, dan Filipina.

Selain Jihan Muse drama itu turut dibintangi Remy Ishak, Khir Rahman, Sabri Yunus, Namron, Sharifah Aleysha, Mark Adam, Melissa Campbell, dan Susan Lankester.

Bukan Jihan sahaja, malah drama bersiri arahan Syed Fariz juga berjaya merangkul anugerah Program Komedi Terbaik di majlis tersebut.

AACA 2019 telah berlangsung di Victoria Theatre, Singapore, pada sabtu.

 

 

 

 

Sumber: Awani