Harga mendadak naik, isu bekalan bawang merah dijangka pulih Februari

Bekalan bawang merah India yang berkurangan baru-baru ini sehingga berlaku kenaikan harga dijangka pu lih menjelang Februari tahun depan menurut jangkaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Pengerusi FAMA Ishak Ismail menjelaskan kri sis kekurangan bekalan bawang itu berlaku sejak tiga bulan lepas berikutan banjir di India dan FAMA telah mengambil beberapa langkah segera sebelum ini dengan mengimport bawang merah dari negara lain seperti China, Pakistan dan Mesir sebanyak 106,395 tan metrik.

“Kita import 60 peratus bekalan bawang merah dari beberapa negara untuk memenuhi keperluan dan permintaan di Malaysia. Daripada jumlah import itu 70 peratus dari India tetapi negara tersebut telah mela rang sepenuhnya eksport (bawang merah) kerana mereka juga mengalami kekurangan yang ter uk akibat banjir.

Ishak berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bazar Peduli Rakyat di Kampung Pelet, di Bukit Mertajam hari ini yang dirasmikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

 

 

Jika sebelum ini harga bagi sekilogram bawang merah adalah RM4, namun barang dapur itu kini dijual pada harga RM12 sekilogram.

Beliau berkata kenaikan harga bawang merah itu hanya sementara dan turut mencadangkan pengguna membeli bekalan bahan mentah tersebut di outlet FAMA, pasar tani anjuran FAMA, Bazar Peduli Rakyat dan MyBest kerana ia dijual lebih murah antara 5 hingga 20 peratus.

FAMA juga turut bercadang untuk mewujudkan Bazar Peduli Rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri terutama di kawasan luar bandar di seluruh negara pada tahun depan bagi membantu orang ramai membeli keperluan harian dengan harga lebih murah.

Bazar yang menjual pelbagai produk pertanian, ikan dan ayam itu dijangka dapat membantu orang ramai menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat serta memberi peluang kepada usahawan tempatan menambah pendapatan mereka.- Bernama

 

 

 

 

Sumber:Mkini