Dramatis Sheila Mambo tetap bersyukur jika ada rezeki untuknya mendiami rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kata pelakon terbabit, dia tidak menganggap maru ahnya akan jatuh apabila menghuni rumah yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah.
“Jatuh ke maru ah kalau miskin? Saya tak fikir macam tu. Pada saya jadi orang miskin bukan perkara yang menjatu hkan mar uah,”katanya.
Malah pelakon Mami Jarum itu berpendapat, pemilikan rumah PPR tidak menjadikan seseorang itu hi na.
Katanya, orang lain yang sudah memiliki rumah juga mungkin tergiur untuk mendapatkan kediaman PPR jika diberikan pilihan sebagai harta tambahan.
Menurut pemilik nama sebenar Rusilawati Hasan itu, seseorang yang mi skin tetapi tidak melakukan keja hatan jauh lebih mulia jika dibandingkan dengan individu kaya-raya tetapi melakukan perbuatan ke ji.
“Daripada saja-saja minta sedekah atau mencuri, mana lebih hi na?” soal pelakon yang turut terlibat dalam drama Asalkan Dia Bahagia itu.
Nama Sheila, 57, tersenarai antara puluhan penggiat seni, warga industri hiburan, karyawan filem dan televisyen yang telah memohon Perumahan Komuniti Seni Harapan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menurut Sheila pelakon -pelakon seusianya dipandang sepi oleh industri seni tanah air.
Sehingga kini, sudah sembilan bulan dia tidak terlibat aktif dalam sebarang filem atau drama dan cuma mendapat tawaran pada skala kecil sahaja.
Walaupun namanya ada dicadangkan untuk menjayakan beberapa naskhah drama televisyen tetapi nasib tidak menyebelahinya.
Bagaimanapun, Sheila tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah melalui berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupannya.
“Uji an Allah kita tak boleh bersungut. Saya fikir balik di mana silap saya sampai ada orang panggil tapi tiba-tiba nama tak lekat. Bila jadi macam tu saya muhasabah diri.
“Alhamdulillah boleh berniaga makanan dan kek secara kecil-kecilan mengikut tempahan diterima, boleh juga menampung hidup,” katanya.
Walaupun ada pihak yang mengesyorkan pemberian pencen untuk pelakon veteran,Sheila yang sudah 30 tahun bergelar anak seni berharap kebajikan pelakon lama tetap tidak diab aikan .
Sunber:Malaysiakini