Heroin Winter Sonata hamil di usia 44 tahun

Pelakon drama rantaian Korea yang popular satu masa dulu, Winter Sonata, Choi Ji Woo kini dilaporkan sedang hamil anak pertama.

Berita itu dikongsikan oleh agensinya, YG Entertainment, “Kami ingin mengumumkan berita gembira, artis di bawah naungan kami, Choi Ji Woo diramal bakal bersalin pada bulan Mei tahun depan.

“Ji Woo ber syukur dengan ‘hadiah’ paling bermakna yang diberikan Tuhan buat dirinya. Ji woo dalam keadaan sihat dan dia kini memberikan fokus menjaga bayi di dalam kandungan.

Menurut wakil dari YG Entertainment, Ji Woo juga menyampaikan salam terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif.

Terdahulu, Ji Woo telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan pada Mac 2018.

Selain Winter Sonata, Ji Woo mula dikenali selepas muncul dalam drama terkenal Stairway to Heaven pada tahun 2003.

 

Sumber: Soompi via Gempak