Cara Memakai ‘Face Mask’ Yang Betul Mengikut Standard ‘WHO’

Seperti semua sedia maklum,penyebaran wabak C0ronavirvs di seluruh dunia kini merupakan satu anc4man.

Salah satu cara untuk menghal4ng viirus ini dari terus merebak adalah dengan memakai face mask. 

Seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai ‘face mask’ ataupun topeng muka.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Bloomberg di laman Facebook Quicktake by Bloomberg, Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian tersebut dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

 Berikut adalah langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut;

1. Pastikan anda membeli topeng muka yang betul.

2. Pakai bahagian yang berwarna biru di luar dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).Ini kerana bahagian biru adalah kalis air sementara warna putih pula menyerap. Sekiranya kita batuk, ia akan menyerap.

3. Pastikan ‘strip’ di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini untuk mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Buang face mask setelah digunakan. Penting! 

5.Bila ingin mengalihkan atau membuang face mask,jangan sentuh facemask tersebut.

6.Basuh  tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

 Bagi anda yang masih mengalami masaalah untuk mengikuti cara pemakaian face mask yang betul, di bawah ini juga ada disediakan langkah-langkah yang telah disediakan oleh laman Facebook Public Health Malaysia

 
 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: vocket