Ramai puji Siti jadi hos MeleTOP

Menerusi entri terkini milik penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik beberapa keping foto ketika diundang menjadi hos jemputan rancangan MeleTOP, pada Selasa malam. 

Penyanyi lagu Anta Permana ini meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menjadi pengacara jemputan program tersebut di samping hos tetapnya, Nabil Ahmad.

“Terima kasih semua yang menonton Meletop. Diharapkan semua sudah terhibur.

“Tq semua yg terlibat @meletop @fiziwoo @epie_temerloh @farahdinana,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan berasa terhibur apabila menonton penyanyi berusia 41 tahun menjadi seorang pengacara rancangan televisyen.

 

Sebelum ini Nabil berpasangan bersama Neelofa mengacarakan MeleTOP selama 8musim sebelum pelakon itu mengundurkan diri kerana ingin memberi tumpuan kepada perniagaannya. 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH