Jenis-Jenis Mask Dan Kesesuaian Penggunaannya

Di musim banyak virvs dan penyakit yang merebak, sangat penting untuk kita jaga kesihatan dan keselamatan diri kita.

Tak kisah berapa banyak pun kita perlu spend sebab duit kita boleh cari dan ganti, tapi kesihatan dan nyawa tiada gantinya.

Antara langkah pencegahan ialah kerapkan basuh tangan dan pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum menyentuh muka. 

Hari ini kami akan kongsikan beberapa jenis dan perbezaan mask yang korang perlu tahu sebelum membelinya.

Surgical mask

Surgical mask paling senang kita jumpa di farmasi atau drugstore. Ia mudah di pakai, selesa, tidak ketat dan harganya mampu milik jadi kebanyakan orang lebih prefer beli dan pakai surgical mask bila keluar rumah.

Filter layer surgical mask ada tiga dan ia bertindak sebagai penghalang untuk ‘menangkap’ bakteria jahat. Tetapi lubang filter tidaklah terlalu nipis supaya mudah particles udara dapat tembus ke dalam untuk kita bernafas jika memakainya.

Buat masa ini, walaupun cor0navirus dikatakan tidak disebarkan airborne tetapi kita disarankan untuk memakai surgical mask berbanding mask yang lain untuk more protection. 

N95 mask

Kebanyakan orang akan pakai N95 untuk semasa musim jerebu walaupun ia agak susah untuk kita bernafas jika memakainya. Filter N95 mampu mencegah particles bersaiz lebih kurang 0.3 microns untuk tembus ke bahagian dalam sebanyak 95%.

Tetapi, untuk novel cor0navirus, N95 sangat tidak digalakkan untuk pakai sebab particles c0ronavirus bersaiz lebih kecil daripada 0.3 microns.

Paper mask

Paper mask sangat mudah kita jumpa! Ia berbeza dengan surgical mask sebab selalunya ia berwarna putih di bahagian dalam dan luarnya.

Tapi sebenarnya ia paling tak sesuai untuk kita pakai buat masa ini sebab ia sangat nipis dan mudah koyak.

Paper mask juga tiada filter untuk halang particles dari masuk ke dalan ruang pernafasan kita.. Boleh dikatakan tiada guna pun kalau korang pakai! LOL!

Pitta mask

Pitta mask selalu digunakan oleh oppa K-Idol kita kalau mereka nak pergi tour di lapangan terbang! LOL! Ia nampak lebih cool and style kalau kita pakai.. tapi sebenarnya ia tak sesuai dipakai ketika ini.

Pitta mask agak tebal dan ia akan buat kita rasa lemas dan tidak selesa sebab kesukaran untuk bernafas. Ia selalunya digunakan untuk filter out habuk dan debu.

Facial mask

Facial mask paling istimewa! Sebab ia akan buat kulit kita lebih moist dan kekal cantik! Bukan itu sahaja, ia juga akan buat kita nampak lebih bermaya dan kurangkan kusam di muka.. TAPI ia bukan untuk dipakai untuk menghalang particles jahat masuk ke dalam badan kita ya.

Bila kawan tanya ‘eh kenapa kau tak pakai mask?’ ingat ya, bukan pakai facial mask mereka maksudkan!

Kita kena jaga kesihatan diri kita sama penting dengan kecantikan diri! Kalau nak keluar rumah pakai surgical mask, dekat rumah baru boleh pakai facial mask okay?

So sekarang jangan pening untuk fikir mask apa korang harus pakai untuk hindari c0ronavirus mahupun virus lain.

Tak semestinya mask yang nampak cool elok untuk kita.. Apa pun jangan kedekut untuk jaga kesihatan dan kebersihan diri!

Buat masa ini, elakkan pergi ke tempat ramai orang dan kurangkan bersentuhan sebarangan dengan objek asing .

Cuci tangan dengan kerap dan pakai sanitizer bila perlu.. Take care!

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: lunaria