Lebih 2,000 pelajar dan murid dijagkiti Covid19

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai 2,145 murid dan pelajar seluruh negara telah dijagkiti Covid-19 sejak Februari hingga 21 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, 1,257 dijagkiti ketika tempoh permulaan gelombang ketiga Covid-19 antara 20 September hingga 21 Oktober.

“Sejak Februari hingga 21 Oktober, 830 murid berumur tujuh hingga 12 tahun dijagkiti Covid-19.

“Jumlah pelajar dijagkiti pula 1,315 membabitkan mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun.

“Pada permulaan gelombang ketiga bermula 20 September hingga 21 Oktober lalu, 587 murid berumur tujuh hingga 12 tahun dijagkiti.

“Bagi pelajar berumur 13 tahun hingga 18 tahun, 670 dijagkiti,” katanya pada satu sidang media harian Covid19.

Setakat 21 Oktober, sebanyak 12 buah sekolah yang terkesan dengan kluster sedia ada telah ditutup.

Walaubagaimanapun menurut Dr Nor Hisham,itu tidak bermakna punca jagkitan bermula di sekolah tetapi biasanya dibawa ke sekolah oleh mereka yang ada dalam kluster atau dijagkiti daripada ahli keluarga atau kes sp0radik.

“Contoh, tiga sekolah ditutup di Negeri Sembilan, masing-masing berkaitan dengan Kluster Cahaya, Kluster Sofi dan Kluster Bah Manggis diikuti tiga sekolah di Johor berkaitan Kluster Simera dan Kluster Rinting,’ ulasnya lagu.

Begitu juga dua sekolah ditutup di Kuala Lumpur yang mana ia ada kaitan dengan Kluster Jalan Pantai dan Kluster Long, sebuah sekolah di Pulau Pinang (Kluster Alma), sebuah sekolah di Melaka (Kluster Bukit), sebuah sekolah di Putrajaya (Kluster Selasih) manakala sebuah sekolah di Sarawak (Kluster Bah Arnab).

Dr Nor Hisham juga berkata, sekiranya berlaku jagkitan, sekolah berkaitan akan ditutup seminggu untuk proses sanitasi dan sarigan kontak rapat.

 

 

 

 

 

Sumber:HM