“Suami tiada sejarah penyakit, tak sagka itu lambaian terakhir arwah”- Isteri cerita detik terakhir arwah suami bertarug dengan Covid19

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasa kem4tian. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimvat naik di aplikasi TikTok.

Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembvskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari dis4hkan megidap Covid-19.

Walaupun sudah lebih seminggu kehilgan suami, namun detik-detik terakhir bersama arwah tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini.

Menurut Intan, segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya mulai demam. 

“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah. Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, s4kit perut… saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ubat lagi.

“Tapi demamnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab)… demam sekarang bukan boleh buat main.

“Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.

“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkvt’. Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu.

Menurut Intan Zainab, pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan uji4n calitan kerana merupakan kontak rapat.

“Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpis4h’ sementara. Anak meraung-raung sebab berpis4h dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai… siapa sangka, itulah lambaian terakhir arwah,” cerita wanita ini.

Tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipind4hkan ke sebuah Hospital Hulu Terengganu kerana tahap kesih4tannya semakin menurun.

“Pada Isnin, 24 Mei, keputusan uji4n saya keluar dan saya turut dis4hkan positif Covid-19 sementara anak kami negatif.

“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat ku4rantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke hospital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya. Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata.

“Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batuk tervk. Takvt dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.

Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu suk4r untuk bernafas ketika mereka saling berhubung.

“Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantug kepada tabung oksigen untuk bernafas. Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat.

“Saya terus balas kembali mesejnya tapi ha1ran, tiada jawapan. Mungkin naluri isteri, saya rasa tak sedap hati. Lebih berdebar-debar bila teringat sekarang masih bulan Syawal. Saya fobia kerana dua adik beradik dan bapa meniggal ketika bulan Syawal juga sebelum ni.

“Saya tak henti-henti berzikir dan berdoa janganlah berlaku apa-apa sebab saya tak bersedia kehilagan lagi,” ujarnya yang menjalankan bisnes dalam talian.

Cerita wanita ini lagi,  debaran yang dialaminya terjawab selepas menerima panggilan daripada pihak Hospital Hulu Terengganu yang memaklumkan suaminya terpaksa ‘ditidurkan’ dan sedang dipind4hkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

 

Panggilan kedua yang diterima pada pukul 4 petang daripada pihak h0spital hari yang sama akhirnya membawa perkabaran duka buat Intan Zainab.

“Doktor dengan berat hati memaklumkan suami saya tidak dapat diselamatkan. Menurut doktor, suami dah meniggal dunia ketika dalam perjalanan namun mereka tetap berusaha juga… tapi g4gal.

“Doktor juga tunjukkan video wajah arwah… masa tu anak dah meraug panggil baba dia. Doktor pun ikut menang1s sekali. Saya hampir p1tam dan menggigil-gigil. Saya gagahkan solat Asar… itulah solat paling panjang sebab saya sangat lemah,” cerita wanita ini dengan tabah.

Tiga hari selepas pemergian suaminya, Intan Zainab akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin dan terus menziarahi pusara arwah sebaik sahaja dibenarkan pulang.

“Alhamdulillah semua urusannya dipermudahkan kerana ramai yang hulurkan bantuan. Rezeki arwah. Selepas pemergiannya, banyak sangat mesej yang saya terima cerita kebaikan arwah termasuk rakan satu wad.

“Mereka cerita arwah tak lekang dengan zikir, surah Al-Mulk malah sempat tahajud walaupun menggigil-gigil pada malam sebelum meniggal dunia.

“Sepanjang 12 tahun hidup dengannya, arwah tak pernah lalai tanggungjawab kepada ibu bapanya dan adik-adik. Duit gaji setiap bulan akan dihulur pada ibu bapa dulu. Dia pernah jual motor Ducati kesayangan semata-mata nak hantar mereka pergi haji.

“Dengan kawan-kawan juga langsung tak berkira dan memang sangat disenangi,” katanya lagi.

Tambah Intan Zainab, meskipun berat menerima hakikat kehilangan teman hidup, namun dia reda dan bersyukur kerana menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat.

“Arwah tiada sejarah peyakit malah dia seorang yang fit sebab suka bersukan khususnya berbasikal. Kami sangat patuhi SOP namun tiada upaya kita halang takdir yang dah tertulis. Covid-19 hanya asbabnya.

“Anaklah penguat semangat saya. Saya k0yak juga pada hari-hari pertama namun pujukan serta kata-kata anak buat saya tenang selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya lagi.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar