Latar belakang Caprice, selebriti media s0sial yang pertikai misi Ustaz Ebit Lew ke G4za

Sejak beberapa hari lalu, nama selebriti media s0sial, Caprice tiba-tiba melet0p di laman maya gara-gara kel4ntangan beliau mempertikaikan misi bantuan figura kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew ke G4za.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, menerusi platform Instagram Stories mempers0alkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di G4za, Pal3stin baru-baru ini.

Beliau mend4kwa Ebit menggunakan kanak-kanak Palestin sebagai bahan kandungan media s0sial dan ia satu perbuatan yang tidak wajar.

Pended4han tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang warga maya terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.

Malah apa yang lebih meggemparkan ialah, Caprice memberitahu beliau bakal mended4hkan satu perkara yang akan mengejutkan rakyat Malaysia pada 21 Julai ini. Wow!

Siapa sebenarnya Caprice ini, mengapa beliau begitu berani membuat peg4kuan sedemikian rupa, mari kita semak serba sedikit latarbelakang beliau.

1. Nama asal Ariz bin Ramli, lahir pada 25 Julai 1988.

2. Selain seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan ahli perniagaan, Caprice juga penceramah motivasi di Malaysia.

3. Pengasas aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.

4. Turut mencipta aplikasi pendidikan yang lain seperti Mengaji.com, Rajin.Com dalam melaksanakan jihadnya ke jalan Allah.

5. Sekitar Mei lepas, sesi Instagram Live (IG Live) yang diadakan oleh Caprice bersama pelakon dan selebriti media s0sial Isr4el, Shiraz telah menarik perhatian ramai sekali gus memasyhurkan nama Caprice hingga tular di Twitter.


6. Bahkan nama selebriti tanah air ini turut tersenarai sebagai carian tertinggi menerusi enjin carian Google.

7. Memandangkan latar belakang dari keluarga dipl0mat , Caprice meyifatkan sesi live itu sebagai satu pendekatan dipl0matik ‘luar kotak’ bagi membolehkan dia dan netizen Malaysia lebih memahami isu sebenar di sebalik ketegagan yang berlaku.

8. Caprice ialah antra individu awal yang menyarankan rakyat Malaysia supaya berhenti buli di alam siber lanjutan seorang finalis program realiti Dewi Remaja 2014/2015 , Mawar Rashid yang tidak mengetahui apakah itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehigga menjadi perbualan hang4t di laman s0sial.

9. Meskipun Mawar telah memohon maaf lantaran kurang peka mengenai perkembngan ekonomi negara namun itu tidak menghentikan lebih dari 15 ribu pengguna media s0sial daripada mengvtuknya.

10. Caprice meluahkan pendapatnya mengenai isu berkenaan yang dianggap sebagai satu bentuk ‘cyberbvlly’ dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah menghakimi individu berdasarkan apa yang dilihat secara kasar.

11. Pendapat Caprice itu turut mendapat pujian menteri, Khairy Jamaluddin.

12. Caprice juga giat mengadakan kempen menentang pembvlian di alam siber di sekolah-sekolah sejak beberapa tahun.

Terdahulu, Caprice telah berangkat ke G4za, Pal3stin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantvan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, sehigga kini beliau dikatakan masih belum boleh memasuki G4za dan kini berada di Kaher4h, Mesir.

 

 

 

Sumber: Awani