9 hari selepas pemergian Sarah,Shuib pilih sepupu demi masa depan anak

Setelah lama berteka-teki mengenai ibu susuan bagi anak keempatnya,
pelawak,penyanyi dan juga usahawan Shuib akhirnya memilih sepupunya sendiri sebagai menjadi ibu susuan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.

“Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja mel4hirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia sebenarnya bimb4ng terhadap masa depan Ayash Affan, 10 hari, sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

“T4kut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. T4kut terkahwin pula, jadi masa-lah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.

Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

“Saya harap Allah SWT balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya,” jelasnya.

Shuib baru-baru ini meluahkan keris-auan memikirkan tentang susu ibu yang diperlukan Ayash selepas isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meniggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19 di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

 

Sumber:K0smo