Faruqi ucap terima kasih pada remaja mandi guna air mineral

Baru-baru ini tular di media s0sial tentang seorang remaja lelaki yang menggunakan puluhan botol air mineral untuk membasahkan badan di dalam sebuah tab mandi.

Perkara itu kemudiannya mendapat kec-aman dari warganet berikutan dianggap sebagai tindakan membazir.

Menerusi satu video dimuat naik pengguna Tiktok bernama Amirulasyari itu, remaja terbabit dilihat sedang berbaring di dalam tab mandi dan menggunakan air mineral untuk membasahkan dirinya.

Video tersebut mendapat lebih 157,000 tontonan selain ramai pengguna media s0sial mengec-am tind-akan tersebut kerana disifatkan tidak sensitif dengan krisis air dialami penduduk dunia.

“Kau ingat Michael Jackson, mandi air biasa tidak boleh ke? Kau dengar sini, dekat Zimbabwe, Uganda sana bukan main orang mahu air bersih, kau boleh buat mandi saja air mineral.

“Bapa kau menang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke?,” kata rakan kepada pemilik akaun itu ketika meny0al tin-dakannya.

Difahamkan lelaki itu mahu memandikan dirinya dengan air mineral dan tidak mahu menggunakan air biasa berikutan hendak kelihatan cantik.

“Kenapa susah sangat mahu bersyukur, tolong belajar hargai apa yang ada,” kata Marina P.

“Mahal weh, menangis tengok, bila sudah bulan puasa dahaga tidak cukup air,” jelas Rnraa.

Susulan video tular itu, pengasas Strawin Food Industries Sdn. Bhd., Mohamad Faruqi Mohamad Nazri tampil menjelaskan perkara itu.

Menurut Faruqi, individu berkenaan merupakan pembeli Muarra Mineral Water keluaran syarikatnya.

“Pagi ini saya dikej-utkan dengan hantaran di Twitter yang dikaitkan dengan kami kerana lelaki itu menggunakan air mineral keluaran syarikat kami.

“Saya mengambil perhatian atas perkara itu memandangkan produk kami merupakan air mineral dengan kadar PH sekitar 7.6 dan ia  sememangnya baik untuk kesi-hatan kulit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Faruqi turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit kerana menggunakan air mineral keluarannya hingga menjadi tular sekali gus membolehkan orang ramai mengetahui manfaat air mineral tersebut.

 

 

Sumber:K0smo