Baru sedar badan semakin bongkok, Zamani sedia buat pembedahan berisiko tinggi

Penyanyi Zamani mengak-ui berdu-ka melihat keadaan fizikalnya yang semakin membongkok setelah dis-ahkan menghidap peyakit scoliosis.

Sebelum ini, ulas Zamani, dia tidak merasakan keadaannya seserius itu sehinggalah dia melihat sendiri keadaan fizikal badannya yang memb0ngkok daripada video-vide yang tular di laman s0ial.

“Saya tak m4rah bila orang kongsi video tersebut cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita.

Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk daripada sisi tepi.

“Sebelum ni tengok cermin, nampak depan je tapi bila tengok keadaan sebenar dari tepi, saya sedih sebenarnya,” ujar pelantun lagu Gerimis Mengundang ini lagi.

Menceritakan keadaan kesihatannya yang terkininya, Zamani mengak-ui tulang belakangnya semakin teruk dan sak-it jika ia terus dibiarkan.

“Sebenarnya keadaan kesi-hatan saya semakin teruk sebab saya dah tak boleh nak berdiri tegak.

Sekarang saya kena buat pembed-ahan masukkan besi untuk menyokong tulang belakang.

“Saya agak risau sebab perut belah kanan ni makin lama makin takde daging. Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sangat sak-it sebab dia dah cucuk rusuk.
“Saya nak jalan pun susah, nak bekerja. Buat masa sekarang saya makan ubat tahan sakit sebab belum ada ubat yang dikhaskan untuk scoliosis.”

Oleh sebab itu, vokalis kumpulan Slam yang berusia 51 tahun itu akan menjalani pembe-dahan bagi mengubati peyakit Scoliosis yang dihidapinya walaupun peluang untuk sembuh adalah sangat kecil.

“Takut hasilnya makin teruk, saya kena duduk atas kerusi roda.Tapi saya tiada pilihan lain dah, saya ingat bila guna cara peru-batan tradisional boleh sembuh tapi sekarang tiada perubahan dan makin teruk,” ujar Zamani kepada ditemui.

Zamani dis4hkan megidap pyakit scoliosis itu sejak tahun 2015.

Ulas Zamani lagi, sekiranya kos pembe-dahan yang diperlukan melebihi simpanannya, Zamani bersedia untuk melakukan konsert bagi mengutip dana.

“Dari segi kewangan, simpanan saya ada sikit dan andai kata tak mencukupi, saya dan pihak pengurusan ada bercadang untuk buat konsert atau showcase untuk dapatkan dana.

“Buat masa sekarang saya ada komitmen beberapa persembahan tapi keadaan saya memang peminat dah tahu dan saya akan cuba buat yang terbaik,” tambahnya.

Sangat mengharapkan doa dan sokongan daripada orang di sekeliling, Zamani mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kata-kata positif yang diterima.

“Saya nak berterima kasih pada semua peminat yang mendoakan kesi-hatan saya. Apa pun yang terjadi lepas pembe-dahan nanti, saya harap orang boleh terima dan doakan saya.

“Isteri banyak jaga saya, saya bersyukur pada Allah dikurniakan isteri yang baik. Daripada masa saya siha-t dan sampai sekarang, dia tak henti menjaga saya dengan elok, dia faham saya dan saya takut bila jadi apa-apa nanti, saya dah sediakan segalanya untuk dia,” ujarnya di akhir perbualan.

Sumber:Gempak via Awani