Amy Search dan rakan mengadap Sultan Johor

Wah, selepas berjaya dengan konsert endemik Search baru-baru ini, penyanyi rock tersohor negara, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima satu lagi ‘hadiah’ apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi lagenda itu.

Amy hadir bersama gitaris, Hillary Ang dan Man Kidal serta pemain bass, Nasir Daud.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Pada 4 dan 5 Jun lalu, Amy berjaya mengadakan Konsert Search Endemik 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

Walaupun sebelum ini Amy dihimpit kontr0versi tentang dirinya yang ‘pancit’ ketika menyanyi secara live, namun pada konsert yang berlangsung selama lebih dua jam itu, Amy tidak mengecewakan para peminat setianya dengan menghidangkan  22 buah lagu dari kumpulan Search yang sentiasa malar segar .

Ini baru betul phewwwwwittttttt!

 

 

 

Sumber:K! Online