Wajah pan-Asian yang dimilikinya pernah meraih perhatian peminat seni tanah air suatu ketika dulu.
Mula bergiat aktif dalam dunia seni seawal usia 15 tahun melalui sitkom komedi Spanar Jaya, Sharifah Sofia terus mencipta nama dengan membintangi drama popular seperti Nur Kasih dan Gol & Gincu.
Kini, dalam usia 37 tahun, pemilik nama penuh Sharifah Sofia binti Syed Hussein sudah jarang muncul di dalam drama mahupun filem.
Rupanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ibu kepada Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera ini giat memperjuangkan pemeliharaan hidupan liiar dan kecintaannya terhadap alam sekitar.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sharifah Sofia yang juga merupakan kakak kepada bekas pemain bola sepak Malaysia, Syed Adney dilihat mengikuti aktiviti penanaman semula pokok di Tasik Chini, Pahang pada Februari lepas.
Di samping itu dia turut terlibat dalam usaha pembersihan di Pantai Morib bersama rakan produksi Skop Productions pada Mac lalu.
Seramai 30 orang terlibat dalam aktiviti ini dan mengambil masa kira-kira dua jam mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai berkenaan.
Malah, Sharifah Sofia juga terlibat dalam usaha memelihara haiwan yang diancam kepup-usan seperti Harimau Malaya.
Terserlah jiwa besar Sharifah Sofia dalam menjaga ekosistem hidupan liiar dan alam semula jadi.
Namun demi mengubati rindunya pada bidang lakonan, Sofia kembali membuat kemunculan semula melalui drama Sc4mmer 2 yang ditayangkan sekitar April lalu.
Malah dia juga meng4kui selain Sc4mmer 2, dia turut membintangi beberapa buah drama lagi yang masih belum disiarkan di kaca TV.
Tahniah dan All the best Sofia!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: N0na