“Betul kata Fasha, macam muka Aisha”

Lebih kurang tiga minggu selepas melahirkan,pelakon Elisya Sandha mengadakan majlis aqiqah anak sulungnya, Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18Jun lalu.

Kata Elisya,yang tampil anggun dalam busana berona putih berkata,tahun 2022 menjadi tahun pengorbanan paling besar buat dirinya sebagai ibu dan suami, pengarah Uzair Haqimy.

“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.
“Masha-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang. When you grow up, you can read this message (apabila besar nanti, harap Bunga akan baca pesanan ini),” katanya.

Elisya menulis kapsyen demikian sebagai ucapan istimewa buat puteri hatinya itu di Instagram selain turut menitip nasihat buat tatapan apabila Bunga dewasa kelak.


“Ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayang Bunga, hargai peng0rbanannya, terimalah kekurangannya jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya,” terangnya.

Dalam pada itu, Elisya turut berkongsikan gambar sambutan aqiqah Bunga Elhaq di Instagram rasmi miliknya anaknya.

Menarik perhatian, bayi berusia kurang sebulan itu sudah mempunyai hampir 50,000 pengikut di Instagram.

Pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah dan memuji Bunga sebagai bayi yang comel.

“Masha-Allah comelnya Bunga. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak.

“Alahai comel betul Bunga. Betul kata Fasha macam muka Aisha. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dunia akhirat, amin,” antara k0men netizen.

 

 

 

 

Sumber: IG ElisyaSandhaOfficial