Mata kiri Ben Amir bermasalah, baru selesai jalani pembedahan

Pelakon popular, Ben Amir memaklumkan baru sahaja menjalani pembed-ahan pada bahagian mata kirinya pada bulan lalu.

Menurut pelakon itu, walaupun sudah menjalani pembedahan,penglihatannya masih tidak begitu jelas dan masih dalam proses penyembuhan.

“Sedang berusaha untuk hidup normal seperti sebelum ini. Menghitung hari, 36 hari.

“Masih tak dapat melihat dengan jelas. Semoga saya cepat sembuh dan dapat melihat dengan jelas,” katanya.

Terdahulu Ben juga berkongsi sekeping gambar selepas menjalani pembedahan dan dapat dilihat pada bahagian mata kirinya ditutup dengan alat pelindung buat sementara waktu.

 

Menjengah di ruangan entri tersebut, rata-rata meniggalkan komen doa buat Ben dan ada juga segelintir pengguna IG tertanya-tanya apakah punca pada permasa_lahannya.

 

 

 

 

 

Sumber: K! Online