Walau dengan imej tudung labuh menutup dada, 6 selebriti ini tetap kelihatan fesyenista

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (Surah An-Nur : 31) dan “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzaab: 59)

Sudah terang lagi bersuluh dua ayat dari kitab suci Al-Quran ini membuktikan bahawasanya menjadi kewajiban seorang wanita beragama Islam untuk menutup aurat dengan sempurna.

Jika ada yang sudah berazam mahu melakukannya, teruskan. Dan jika belum, ayuh sama-sama kita perbaiki dan ikhtiarkan untuk merealisasikannya.

Berikut kami senaraikan antara selebriti yang berimej tudung labuh menutup dada tetapi masih kelihatan trendy dengan kelas dan gaya yang tersendiri.

1.Heliza Helmi

Bukan sahaja dengan gaya tudung menutup dada, Heliza juga bijak menggayakan hijab dengan topi. Apatah lagi setelah berumahtangga, Heliza dilihat lebih berani ke depan dengan berimej sedondon dengan suami.

Sama ada material satin, chiffon ataupun silk; gaya hijab Heliza sesuai dijadikan ikutan.

2.Shazrina Azman (Mizz Nina) Mengimbau kisah penghijrahan isteri kepada penyanyi Noh Saleh ini cukup membuatkan kita tumpang Dan rentetan itu, Mizz Nina gemar menggayakan hijab rona hitam.

Biarpun gaya hijabnya ala-ala let loose, namun masih menutup sempurna.

Memiliki rangkaian fesyen muslimah dibawah jenama By Mizz Nina, kalian boleh tiru gayanya untuk penampilan lebih santai, cool dan yang penting menepati syariat.

3.Irma Hasmie
Selebriti  ini juga tidak kurang hebat gayanya dalam berhijab.

Ada kalanya Irma menggayakan tudung instant dan tidak kurang juga mengenakan tudung bawal bersaiz lebar dan labuh untuk gaya kasual.

Bijak menyuai padan stail hijab dengan busana yang disarungnya, ibu-ibu muda boleh mempelajari dan menceduk ilham gaya Irma rujukan.

4.Faezah Elai

Tidak keterlaluan jika dikatakan Faezah Elai antara selebriti terawal yang menggayakan fesyen tudung sarung versi labuh.

Pelakon yang merupakan isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah ini tetap selesa dengan fesyen ‘tudung sekolah’ nya tidak kira dengan apa sahaja pakaian yang tersarung di badan.

Ternyata Faezah Elai berjaya meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri dalam artis bertudung labuh yang bijak bergaya.

5. Lisa Surihani

Walaupun Lisa antara artis yang baru sahaja mengenakan hijab, nampaknya Lisa benar-benar memahami apa yang dikatakan “menutup aurat”, bukan sekadar membalut rambut semata-mata, tetapi melabuhkan tudung yang dipakai sehingga menutup dada agar bahagian tersebut tidak menjadi santapan mata-mata nakal.

Dalam satu temubual rancangan televisyen,  Lisa pernah menyatakan perubahan imejnya itu bukanlah petanda dia sudah menjadi baik, tapi sebenarnya dia masih dalam proses berusaha untuk menjadi baik.

6. Izara Aishah

Siapa sangka artis yang pernah berimej s3ksi ini akhirnya diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun menghadiri majlis-majlis glamor, Izara tetap tampil anggun dengan gaya tudung labuhnya.  

Diharap semoga perkongsian ini memberi input kepada kita untuk mencuba dan berusaha menutup aurat dengan .

Buangkan stigma pemikiran yang longgar dan labuh itu selekeh. Kerana disisi agama begitulah kehendaknya bagi mengelakkan timbulnya f1tnah dan mengundang gh4irah mata yang memandang.

Wahai muslimah yang disayangi,  teruskan berdoa agar kita diteguhkan keimanan untuk memiliki kekuatan, kesabaran dan kein-safan untuk menutup aurat dengan sempurna demi cinta kita kepada-Nya. 

Berusaha lah untuk perbaiki diri kita dari hari ke hari selagi masih diberikan peluang olehNya. 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Intrend