Erra Fazira dikatakan sudah bergelar isteri kepada jutawan

Bukan sekali dua khabar angin bertiup mengenai primadona kesayangan ramai ini. Jika bukan pasal kahwin, dikatanya bakal berkahwin. Paling tidak pun,terpalit dengan dakwaan jadi kekasih si polan atau si polan. Entah iya, entah tidak.

Yang paling terbaru dan sensasi, pelakon filem Sembilu ini kononnya sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan bertaraf jutawan. Cuma, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum atas beberapa faktor.

Dan khabarnya juga, lelaki yang berjaya memikat hati Erra ini did4kwa memiliki kekayaan yang luar biasa. Setakat ada jet peribadi sendiri, apalah sangat.

Tapi jika betul Erra sudah berkahwin, harapnya dia tak akan sorok-sorok. Selama ini pun, dia sangat profesional dalam kerjayanya dan bila berdepan dengan rakan-rakan media, dia mudah bekerjasama.

Tidak mungkin artis berpengalaman seperti Erra akan meyembunyikan perkara baik seperti itu. Kalau iya pun, mungkin agaknya tunggu masa sesuai untuk maklumkan kepada semua.

Tak salah jika Erra sudah berkahwin pun, sekurang-kurangnya kalau ada suami di sisi, boleh jadi pelindung dan penjaga.

Tolak tepilah soal rasa sunyi di hati, biar empunya diri yang lebih tahu. Apa yang penting, kalau dah berkahwin, mungkin Erra pun lebih rasa selamat. Tak diganggu oleh mana-mana lelaki bermisai kucing yang mahu ambil kesempatan.

Kita doakan saja lah yang baik-baik. Betul tak? Kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan.

Sumber:Utusan