Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilap0rkan hilang sejak November

Bagi penonton setia rangkaian televisyen TV3 era 90an, pasti mengingati salah seorang penyampai program Buletin Utama yang bersuara emas, iaitu Zalina Azman.

Dalam satu perkembangan terkini, bekas personaliti itu dilap0rkan hilang menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin.

Makluman orang hilang tersebut dimuat naik di Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam yang memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Fizikal Zalina juga turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan manis selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

“Dalam laporan itu, pengadu (anak Zalina) cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk (bapa Zalina) dimasukkan ke h0spital namun gagal.

“Pada 29 November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Justeru, Mohd Iqbal berkata, pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu sias4tan k3s terbabit.

Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba turut meminta Zalina segera pulang.
“Di mana awak Zally (panggilan untuk Zalina). Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.
Rakan seperjuangannya, Datuk Aznil Nawawi turut meniggalkan k0men pada hantaran itu yang turut bertanyakan dimanakah bekas personaliti itu berada.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan info berkenaan kepada pegawai peny-iasat k3s, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai P0lis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Selain Buletin Utama, Zalina juga cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters.

Sumber:BH