“Bukan saya. Saya pun baru diberitahu pagi tadi”- Pengarah urusan Studio Kembara

Berhubung satu hantaran sinis yang dimuatnaik pelakon Datuk Adiputra di Instagram yang ditujukan kepada Kembara Studio Sdn Bhd, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Abdul Rahman Mt Dali memaklumkan bahawa dirinya baru sahaja mengetahui tentang hantaran tersebut dari kawannya pada pagi tadi (12 Ogos).

“Bukan saya.

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi”

Ketika ditanya adakah hantaran itu melibatkan bayaran serta pemberian bonus,Abdul Rahman memaklumkan bahawa sebelum ini tiada apa-apa isu yang berbangkit.

“Tak ada apa-apa isu sebelum ini,” katanya lagi.

Menerusi hantaran tersebut Adi Putra seolah-olah mendakwa pihak Kembara Studio sukar dihubungi menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan menyindir mahu menghadiahkan telefon agar dapat memudahkan komunikasi.

Pihak media turut menghubungi Adi Putra untuk pendapatkan penjelasan lanjut daripada pelakon terbabit, namun Adi meminta untuk menghubungi pihak penerbitan.

Sementara itu, Abdul Rahman memaklumkan bahawa filem berkenaan akan muncul di 200 pawagam di seluruh Indonesia mulai 31 Ogos manakala bagai tayangan perdana filem berkenaan akan dilakukan pada 26 Ogos di sana.

Sewaktu ditanya berkenaan kutipan ketika ini, jelasnya kini kutipan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencapai RM94.4 juta serta ia masih ditayangkan di negara ini.

Sumber:HM