Tidak mahu menyusahkan pihak Astro, Asheed tak sorok penyakit, sudah habis beratus ribu ringgit buat raw4tan

Atas dasar rasa tanggungjawab, vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed yang kini sedang bertanding dalam pertandingan realiti popular Gegar Vaganza, mendedahkan dia tidak menyorok peyakit yang sedang dihadapinya dari pihak Astro ketika dia ditawarkan menyertai pertandingan itu.

Berdepan masa-lah bengkak sendi atau gout sejak 18 tahun lalu, penyanyi Asheed, 49, mengakui telah berhabis hampir ratusan ribu ringgit bagi mer4wat penyakit tersebut.

Menurut Asheed, masalah yang dihadapi itu juga menjejaskan aktiviti hariannya, terutama melibatkan kerja berat.

“Saya alami mas4lah sendi sejak 18 tahun lalu menyebabkan banyak aktiviti terjejas kerana susah untuk buat kerja berat.

“Sampai sekarang saya masih tidak putus asa berubat. Selain melakukan raw4tan tradisional, saya juga pernah menjalani pembe.dahan buang bengkak. Tetapi, ia tidak dapat dibuang semua kerana akan merumitkan saya untuk berjalan.

“Saya banyak berhabis untuk melakukan raw4tan. Boleh dikatakan hampir beratus ribu juga duit saya habis,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Vokalis kumpulan Def Gab C itu mengakui, dia mengambil masa untuk berfikir sebelum menerima tawaran menyertai program realiti tersebut kerana bimbang akan menyusahkan ramai pihak.

“Apabila dapat tawaran GV9, saya berfikir lama kerana takut menyusahkan ramai pihak. Disebabkan itu, sepanjang pertandingan, saya tidak terlalu memikirkan sangat tentang kedudukan mingguan.

“Apa yang penting, saya cuba pastikan setiap minggu ada peningkatan dari segi persembahan.

 

 

 

Sumber:UM