‘Sotong’ mengamuk di taman tema Puncak Alam

Seorang kanak-kanak dan dua dewasa ce.dera selepas terjatuh dari permainan taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di sini malam tadi.

Ketua P0lis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.

Menurutnya, tiga magsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.

“Ketiga-tiga magsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.

“Seorang m4ngsa iaitu wanita cedera p4rah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Semua magsa dibawa ke H0spital Shah Alam bagi mendapatkan raw4tan lanjut.

Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera b0mba dkejarkan ke tempat kejadian.

“Si4satan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Sumber:BH