Bukan gimik drama,cinta hujung usia Sherie Merlis, Hasnul Rahmat dihidu warganet

Tanpa sebarang berita, pelakon senior Sherie Merlis dikatakan telah berpisah dengan suaminya, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee(Ash) dan kini berstatus ibu tunggal.

Teka teki itu seakan terjawab apabila Ash sendiri megsahkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram beberapa hari lalu.

Katanya yang kini bergelar bapa tunggal, pengalaman yang dialami sangat berbaloi walaupun mempunyai kesan baik dan buruk.

The journey of single fatherhood may have its ups and downs, but the love and joy you experience along the way make it all worthwhile,” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama,  Sherie kini dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Hasnul Rahmat apabila masing-masing memuat naik foto mesra bersama di Instagram.

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat banyak meluangkan masa bersama selain menyebut nama masing-masing pada beberapa hantaran.

Sherie, 51, memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1989 manakala Hasnul, 52, merupakan warga Singapura yang  mula mendapat perhatian peminat seni tanah air  setelah memenangi Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 menerusi filem KL Menjerit (2002)  arahan Bade Hj Azmi. 

Tak ada yang salahnya pun bercinta di usia senja, semoga cepat -cepat naik pelamin ya! 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Xtra