Telefon bimbit Bella ditemui di rumah salah seorang suspek

Sebuah telefon bimbit milik Mila Sharmila Samsusah, 36, atau Bella,  dijumpai selepas pihak berkuasa menggeledah rumah salah seorang suspek, beberapa hari lalu.

Penemuan ‘bukti berharga’ itu sedikit sebanyak melegakan keluarga Bella dan mereka bernasib baik kerana lelaki itu tidak mengetahui kata laluan telefon.

Menurut kakak Allahyarham, Norhisham, 36, telefon jenis iPhone itu cuba disorokkan dan berkemungkinan akan dijual bagi menghapuskan bukti.

“Telefon Bella dijumpai dan disorok. Telefon itu tidak dilupuskan dan nasib menyebelahi kami sebab dia tak tahu password (kata laluan) iPhone Bella.   

Mungkin kalau dia tahu dia dah reset (padam) habis dan mungkin dia simpan tunggu kes dah reda nak jual ‘body lock’ iPhone,” katanya dalam coretan terbaru di Facebook.

Norhisham yang lebih mesra dengan panggilan Ayu berkata, dia cuba bertanyakan rakan Bella sama ada mengetahui kata laluan telefon itu.

Katanya, rakan Bella memberitahu, adiknya tidak pernah mendedahkan atau berkongsi kata laluan kepada sesiapa pun.

“Tapi saya dan anak-anak memang tahu ‘password’…kalau jumpa telefon dia, anak-anak saya buat main ‘games’, edit gambar…Allah sedihnya. Bella memang rapat dengan anak-anak saya.

“Dia seorang penyayang, masa hari terakhir chat (mesej), dia memang minta nak jaga budak-budak sempena cuti sekolah,” tulisnya.

Bella telah dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu dan  penemuan sebuah rangka di sebuah rumah sewa terbiar pada Jumaat lalu telah disahkan milik wanita malang itu .

Rangka terbabit ditemui bersama cebisan kain selepas salah seorang suspek ditahan sebelum dipandu ke lokasi penemuannya.

 

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memberitahu, sampel patologi dari Jabatan Forensik HSI juga sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti si m4ti.      

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: HM