Padam semua foto tidak bertudung, tiada penyesalan dari Norreen Iman

Walaupun sering diberikan watak pelakon pembantu dalam setiap drama lakonannya,pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tetap dikenali dan diminati ramai dek kerana sifatnya yang happy go lucky dan ‘spontaneous’.

Selain itu Norreen juga terkenal dengan imej  yang “berani” walaupun adakalanya mendapat kecaman dari netizen.

Namun kini itu semua hanya tinggal kenangan.

Walaupun masih kekal dengan sifatnya yang ceria, namun imej Norreen sudah berubah.

Tiada lagi rambut merah, hidung bertindik mahupun baju singkat dan sendat.  Pelakon “Cina Buta” ini akhirnya diberi hidayah olehNya untuk berhijab. 

Meskipun mengakui dirinya masih tidak sempurna dalam menutup aurat, para peminat serta rakan artis  memberi sokongan kepada Norreen  serta mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.

Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama (tidak bertudung) namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaan sekarang.

Buktinya Norreen tekad memadam gambar-gambar yang tidak berhijab di media so0sial. 

“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya menerusi muat naik dalam Instgram Story.

Ujar Norreen lagi, dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung namun percaya, kesemua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.

“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).

“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.

Terdahulu, Norreen menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej memakai tudung baru-baru ini.

Difahamkan Norreen bakal mengerjakan Umrah bersama suaminya tidak  lama lagi.

Menarik kisah Norreen ni kan. Apa tidaknya, yang selalu kita dengar, orang mendapat hidayah selepas pulang dari Umrah, tetapi Norreen sebaliknya. 

Semoga terus istiqamah Norreen Dan Selamat mendapat Umrah yang mabrur! 

 

 

 

Sumber:K! Online