“Bayar RM600K atau diisytihar muflis”

Baru sahaja menempa nama di persada seni, aktor popular, Hun Haqeem dikatakan gagal mematuhi kontrak yang dimeterai beliau bersama syarikat produksi, Metrowealth International Group (MIG), tiga tahun lalu sekali gus diminta membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada syarikat itu .

Pengarah Urusan MIG, David Teo berkata, perkara itu diputuskan M4hkamah Rayuan Shah Alam pada 27 November tahun lalu.

“Rayuan difailkan berpihak kepada kami dan Hun diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti kos keruvgian.

“Dia (Hun) juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BH ONLINE. 

M4hkamah Sesyen sebelum ini mengetepikan kes pelaggaran kontrak pelakon berusia 26 tahun itu dan MIG perlu membayar baki tunggakan terbabit kepada Hun.

Bagaimanapun, MIG tampil mengemukakan rayuan sehingga membolehkan keputusan berpihak kepada syarikat.

“Permulaan adalah di Ma4hkamah Shah Alam yang mengatakan tak ada menang atau kalah. Jadi, dia tak perlu bayar ganti rugi dan saya pun tak menang. Jadi, sebab itulah kami buat rayuan.

“Sekarang, Hun perlu pulangkan jumlah pertama iaitu RM30,240. Itu sudah jadi duit syarikat. Dengan tambahan yang kami buktikan semua resit, dia perlu bayar RM613,950,” katanya lagi .

Dalam pada itu, David berkata, Hun atau nama sebenar, Haqeem Hermy melanggar kontrak perkhidmatan selama lima tahun bersama MIG pada 2021 dan masih berbaki kira-kira dua tahun lagi.

Malah, katanya, Hun adalah artis pertama di bawah syarikatnya yang dibawa ke ma4hkamah atas kesa4lahan pelanggaran kontrak.

“Kontrak Hun sepatutnya lima tahun. Dia keluar pada 2021 dan tinggal baki lebih kurang dua tahun. Waktu itu, namanya sedang ‘meletup’.

“Sebab itulah keruvgian jadi besar. Kalau dia keluar ketika baru masuk, tak ada keruvgian sebab kami tak labur banyak. Tapi, ini sudah labur, sebab itu banyak tawaran kerja dia dibatalkan. Bila batal, jadi rugi.

“Sampai sekarang, Hun baru pulangkan separuh sahaja daripada jumlah RM30,240. Kalau dia gagal bayar, secara automatik, dia akan diisytiharkan muflis,” katanya.

Walaupun kemenangan berpihak padanya, David berharap agar perkara  berkenaan dijadikan pengajaran untuk artis lain lebih mematuhi kontrak yang sudah dimeterai secara bersama.

“Ini satu pengajaran kepada artis-artis yang belum berjaya. Jangan janji, tapi tak pasti. Kamu tandatangan kontrak, tapi lupa perjanjian yang dibuat. Itu prinsip seorang manusia yang memegang tanggungjawab,” katanya.

 

 

 

Sumber:BH