15 tahun menyepi, Raja Farah belum ‘pencen’ berlakon

Pelakon dan pengacara, Raja Farah men4fikan dirinya merajuk dengan industri hiburan tanah air selepas 15 tahun menyepi.

Menurut pemilik nama sebenar, Raja Farah Raja Aziz ini, dia tidak mendapat tawaran berlakon sejak mula berhijrah lagi dan kini fokus menguruskan keluarga.

“Saya memang tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.

“Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.

“Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya.

Ujar pelakon filem ” Aku Masih Dara” ini,  dia yang sedang hamil anak keempat itu turut memaklumkan sekarang bukanlah masa yang sesuai baginya untuk berlakon kembali kerana masih mempunyai anak kecil.

“Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.

“Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit.

“Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif,” jelasnya.

Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: P4ma