Maahad tahfiz diperintah bayar kos RM4.3 juta kepada bekas pelajar

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemlangan van pada Jun tahun lepas.

Dalam keputusannya, Hakim Nazri Ismail berkata tiga daripada empat defendan iaitu Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, yang juga pemandu van, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, bertanggungjawab secara vikarius, untuk membayar kos tersebut kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemlangan tersebut.

Pengetua maahad tahfiz itu, Mohd Khalidi Che Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintahkan membayar kos berkenaan.

Kos itu membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cdera kepala dan rtak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendirian.

Ibu dan bapa Muhammad Faiz, Jahsuriawani dan Mohd Izahir, menangis kegembiraan selepas menang dalam tuntutan saman terhadap CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. - BERNAMA
Sementara itu, Kameswary ketika ditemui pemberita berkata plantif memulakan tuntutan pada April lepas dan proses perbicaraan memakan masa selama dua hari dengan empat saksi dipanggil termasuk pengasas maahad tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim.

“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajar-pelajarnya dan pada hari kejadian telah dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

“Justeru, mahkamah memutuskan defendan pertama iaitu pemandu van, defendan kedua iaitu pemilik van (CT-One Corporation Sdn Bhd) dan defendan keempat, Maahad Tahfiz Al-Hashimi perlu bertanggungjawab 100 peratus terhadap kecederaan yang dialami mangsa,” katanya.

Jun tahun lepas, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbnuh dengan lima daripadanya m4ut di tempat kejadian manakala dua lagi mninggal dunia di Hospital Kuala Krai.

Dua belas pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengrikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan mermpuh sebuah rumah di KM55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai. — Bernama

 

 

Sumber: Astro Awani