PASANGAN yang baru pulang dari berbulan madu terkejut apabila melihat rumah dan kereta mereka dibungkus dengan plastik merah jambu.
Jenny dan Jonathan Minger telah menikmati percutian selama dua minggu di Cancun, Mexico, tetapi tercengang apabila melihat harta mereka telah dibungkus kemas dengan plastik sebaik tiba di rumah pada jam 8 pagi Rabu.
Stoke Sentinel melaporkan empat kawan baik mereka telah bergurau melakukannya ‘usikan’ itu ketika pasangan itu tiada di rumah.
James, Dawn, Andrew Ripley dan Dan Sale menghabiskan sekitar empat jam untuk membalut rumah dan kereta Jonathan yang terletak di kediamannya di Alsager, Cheshire.
“Kami terkejut, ia sangat mengejutkan, kami langsung tak sangka,” kata Jenny, 25, yang bekerja di Hospital Universiti Royal Stoke.
“Kami baru saja pindah tiga bulan lalu, saya tak tahu nak cakap apa!. Tak bolehkah mereka pilih warna yang lebih baik untuk membungkusnya.
“Ia sebenarnya plastik yang digunakan oleh Jonathan di ladang untuk mempromosikan tentang kesedaran kanser payudara,” katanya.
Jonathan, yang menjalankan perusahaan ladang tenusu, berkata: “Rupa-rupanya ini yang mereka lakukan ketika kami mahu pulang dari bulan madu, ia adalah gurauan.
“Saya agak terkejut, tetapi ketawa juga. Ia mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membungkus kesemuanya.”
Peladang berusia 24 tahun itu berkata: “Malam tadi semua jiran keluar untuk tengok.
“Kami pulang pagi ini kira-kira jam 8 pagi dan mengambil masa sekitar setengah jam untuk membukanya dengan pisau.
“Saya terpaksa menggunakan kunci kereta saya pada mulanya untuk potong plastik di sekitar pintu depan.
“Saya sudah fikir untuk balas dendam.”
Seorang jiran berkata: “Mereka ketawa berdekah-dekah ketika melakukannya.
“Ini sangat lucu. ‘Prank’ bulan madu yang cemerlang.”
Sumber:mstar