Habis Big Stage, Terus Syafiq Farhain Naik Pangkat Jadi Penyelia Bomba?

Usai Big Stage, Syafiq Farhain terus memulakan penggambaran filem pertamanya berjudul Hero The Movie.

Filem yang mengisahkan kehidupan bomba itu akan turut dibintangi oleh Mark Adam, Bell Ngasri, Tauke Jambu dan Hisham Hamid.

“Dalam filem ini saya melakonkan watak sebagai seorang penyelia, kalau realitinya saya cuma pegawai biasa tapi dalam filem ini naik pangkat sikitlah.

“Bila sebut nama senarai pelakon, mesti semua boleh agak filem ini bergenre komedi.

“Sebagai pendatang baharu, semestinya saya perlu berguru dengan pelakon yang lebih otai dan berbakat.

“Saya pula tak pernah berlakon atau keluar televisyen, sekadar berlakon dalam muzik video bolehlah…

“Ini filem besar, banyak lagi perlu saya belajar,” katanya ketika ditemubual HLive.

Big Stage baru-baru ini menyaksikan Syafiq menduduki tangga kedua selepas Sarah Suhairi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.gempak.com/artikel/12137/habis-big-stage-terus-syafiq-farhain-naik-pangkat-jadi-penyelia-bomba