Kadang kadang kita nak bergurau tetapi tidak sedar bahawa gurauan ada batasnya. Bila kita rasa terlalu seronok selalunya kita akan leka dengan keselamatan dan keadaan sekeliling. Perkara sebegini memang selalu terjadi bila kita lupa bahawa dimana mana tempat pun ada bahaya yang menanti.
Video ini menjadi tular sejak malam tadi apabila keadaan yang mencemaskan terjadi di salah satu kedai mesin dobi layan diri di kawasan Bukit Beruntung, Rawang. Kejadian yang berlaku pada tengah malam dan ketika itu tidak ramai pengunjung yang ada di kedai dobi layan diri itu. Nasib baik ada pekerja pekerja restoren mamak berada berhampiran untuk datang membantu.
Ini Yang Terjadi.. Apabila Gurau Tidak Bertempat
Kisah dibawah diambil dari pemilik kedai mesin dobi layan diri itu sendiri bernama Hazmal Hassan.
Kejadian : Sumbat anak dalam washer
Tarikh : 2/10/18
Masa : sekitar 12am
Menurut pemilik dobi tersebut, beliau terkejut bila menerima khabar berita terdapat seorang kanak kanak terperangkap di dalam salah satu mesin dobi. Menurut beliau kanak kanak terbabit sedang bergurau dengan makcik saudaranya. Gurauan bagaimana itu tidak pasti.
Kanak kanak itu masuk ke dalam mesin dan ketika pintu ditutup, automatik ianya terkunci. Kebiasaannya pintu mesin tersebut boleh dibuka selagi tidak memasukkan duit syiling dan tekan mula. Tetapi kali ini ia tidak boleh dibuka.
Kebetulan ada restoren kedai mamak bernama Restoren Salam yang berhampiran dan mereka datang membantu. Beberapa pekerja mamak tersebut cuba mengumpil pintu tersebut tetapi gagal dan akhirnya pintu kaca tersebut terpaksa dipecahkan. Kanak kanak itu berjaya diselamatkan.
Menurut pemilik, dia tidak kisah tentang kerosakkan janji kanak kanak itu selamat. Pemilik juga memaafkan keluarga kanak kanak tersebut kerana mereka munkin tidak sengaja dan berharap kejadian ini menjadi pengajaran untuk mereka supaya lebih berhati hati.
Ini kata kata pemilik
Tujuan POST
1. Bukan niat kami nak aibkan sapo2 dlm post ni
2. Utk ingatan semua, jangan sekali2 bergurau macam nih, SAFETY FIRST
3. Kami juga ingin merayu kepada semua customer kami agar jaga la kemudahan yang kami sediakan ni
Sumber: Hazmal Hassan
Artikel By: KL Viral