Sakit mata tengok sofa terbiar kusam. Nak beli baru budget pula tiada. Rasa nak buat perubahan agar tampak berbeza.
Jika benar hajat dihati untuk memiliki set sofa kulit yang terlihat eligan dan eksklusif, ketahui dulu tip penjagaannya agar sofa yang di beli kekal elok untuk jangka masa yang panjang.
Ini sebagaimana apa yang telah dikongsikan oleh pakar perabot KG furniture. Semoga memberi manfaat bersama.
Sofa kulit merupakan sofa yang sangat diminati ramai kerana karekternya yang elegan, ekslusif dan kelihatan mahal. Ya, sofa kulit memang mahal (provided kulit asli lah) kerana mutu kulit yang baik, tahan lama, bernilai walaupun bertahun tahun lama ianya digunakan. Maka tak hairanlah ramai yang sukakan sofa kulit menghiasi ruang tamu rumah.
Umumnya sofa kulit semuanya diperbuat dari kulit asli atau Genuine Leather. Kulit yang digunakan adalah diimport dan mempunyai persijilan piawaian untuk industri perabut dari Itali.
Namun memiliki sofa kulit sahaja tanpa menjaganya dengan cara yang betul, tidak akan membuatkan sesebuah ruang tamu kelihatan cantik. Sofa kulit sebenarnya mudah untuk dijaga berbanding sofa fabrik ataupun PU. Sofa kulit yang tidak di jaga dengan baik akan mempunyai masalah seperti berikut:
1. Permukaan warna kulit akan menjadi pudar
2. Qualiti kulit akan menjadi keras dan tidak selesa untuk di duduk
3. Kulit akan mudah retak, merekah dan akhirnya pecah
Contoh sofa kulit yg mulai rosak.
Apabila kualiti kulit sudah merekah, maka ianya sudah terlambat untuk dirawati.
4 tips mudah untuk penjagaan sofa kulit:
1. PENDEDAHAN CAHAYA
Elakkan sofa kulit di ruang tamu dari terkena sinaran cahaya matahari secara lansung. Pancaran cahaya matahari boleh menyebabkan warna kulit menjadi pudar. Sofa kulit di rumah adalah berbeza dengan kulit yang digunakan di dalam automobil. Apabila sofa kulit di rumah mulai pudar, ia nya tanda tanda awal kerosakkan dan penurunan kualiti kulit dan perlu dirawat segera.
2. PENGUNAAN LEATHER CARE KIMIA
Elakkan penggunakan pembersih kulit berasaskan kimia kerana ia boleh menjejaskan kualiti kulit. Penggunaan bahan kimia boleh menyebabkan kulit menjadi keras, menggerutu dan akhirnya retak dan merekah. Produk penjagaan kulit yg terbaik adalah berasaskan minyak mineral asli yang boleh di dapati dengan mudah di kedai kedai DIY.
3. PEMBERSIHAN
Sofa kulit yang sering dibersihkan (dengan kekerapan sebulan sekali sudah mencukupi) akan membuatkan sofa kulit lebih tahan lama dan kelihatan menarik. Kaedah termudah untuk penjagaan sofa kulit adalah dengan mengelap sofa dengan kain lembab bagi menghilangkan habuk dan kotoran.
4. RAWATAN
Sofa kulit perlukan rawatan kulit. Ianya sangat mudah dan boleh di lakukan sendiri. Setiap 6 bulan sekali, lapkan sofa kulit dengan kain lembab yang direndam dengan air suam. Campurkan sedikit pembersih kulit organic base yang banyak dijual di kedai kedai DIY. Lapkan ke seluruh permukaan terutama permukaan tempat duduk. Selepas selesai kerja pembersihan, sapukan leather conditioner atau pelembut kulit (organic base) pada permukaan kulit. Lapisan conditioner tidaklah perlu tebal sekadar cukup melitupi permukaan kulit.
Leather conditioner membantu melembutkan kulit. Harus di ingat bahawa kulit asli berasal dari haiwan yang hidup, maka lama kelamaan ia akan menjadi kering dan keras sekiranya tidak disapukan dengan bahan pelembutnya. Setelah semuanya selesai, proses yang akhir sekali, gunakan kain bersih kering dan lapkan sekali lagi ke seluruh permukaan kulit.
Nah, mungkin ramai yang akan mengeluh kerana kerja kerja tambahan dalam penjagaan sofa kulit ini kan…. sama juga kita manusia kalau inginkan sesuatu untuk kelihatan cantik dan menarik, haruslah kita berusaha untuk menjaganya. SELAMAT MENCUBA…!!
sumber : KG furniture