Petua Air Botol Menjadi, Begini Rupanya Nak Elakkan Kucing Kencing!

Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.

Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.

Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di facebook mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!

Caranya mudah sahaja:

1. Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.

2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.

3. Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita.

Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit.

Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!

Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.

# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.

# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.

# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.

# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing.
Panas..kucing memang tak suka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: https://www.keluarga.my/