“Saya Bersungguh-Sungguh Kuruskan Badan Sebab Nak Nampak Cantik Dihari Perkahwinan Nanti, Tapi …..” – Zulin Aziz Akui Berpisah Dengan Kekasih

 

Pelakon Zulin Aziz mengakui telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin menjelaskan dia sanggup menurunkan berat badannya supaya kelihatan cantik di hari perkahwinannya nanti namun niatnya itu tidak kesampaian.

 

“Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumah tangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia. Saya bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.

“Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri, saya ciptakan lagu khas buatnya. Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.

“Segalanya sudah dirancang kemas, tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yang dijanjikan. Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.Lagu pun dah siap, tak sabar saya nak bagi dia dengar. Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.

“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya tidak dapat saya kongsi kerana terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.


 

 

 

Terima kasih pada semua yang mendoakan Ucapan tahniah itu membuat hati saya 💔 Untuk apalah saya nk buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu. Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti. Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti. Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari. Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau. Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain. Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru. Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya. Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi.. Maafkan saya😭🙏🏼 #danketikaitu

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

“Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian. Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.

“Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat, saya keluarkan duit sendiri, takkan saya nak simpan saja. Saya ambil jalan ini untuk teruskan juga. Tak apalah, jadi saya buat music video. Saya gantikan dengan sesuatu yang baru,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi semangat pada dirinya supaya terus tabah dengan dugaan ini.

“Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata-kata semangat. Bukan mudah, saya perlukan masa nak hadap semua ini. Tapi bila saya baca komen anda semua, saya sangat bersyukur sebab ramai yang sayangkan saya.

“Semoga urusan ini dipermudahkan. Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalah tahu harini saya meredah hujan, esok saya nikmati pelangi. Maafkan saya,” tulisnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.gempak.com/