“Menggedik jual produk gunakan bidang seni” – Que Haidar ‘Sound’ DSV Untuk Hormat Lagenda Aishah

Nampaknya pergelutan antara Dato’ Seri Vida & Aishah masih belum berpenghujung sehinggakan ada rakan artis yang lain sudah mula bersuara.

Kita semua sedia maklum tentang kontroversi mereka ini. Masing-masing bertikam lidah untuk menegakkan kebenaran. Dalam perbalahan mereka yang kian rancak, pelakon Que Haidar tampil membela penyanyi lagenda yang terkenal dengan lagu Janji Manismu itu.

 

“Menggedik jual produk dan guna kan bidang seni..Please show some respect”

Sumber : Instagram

“Sebenarnya Aisyah antara penyanyi yg mempunyai ‘class’ yg tersendiri dlm GV.. dan secara tak langsung menambahkan ‘class’ utk rancangan tersebut.. Utk sesiapa yg cuba nak menumpang rezeki dalam bidang seni (nak menggedik jual produk dan guna kan bidang seni utk itu) please show some respect, especially pada anak2 seni yg dah lama dlm industry!”

Gambar yang dimuat naik melalui laman Instagram miliknya memaparkan foto keratan akhbar terhadap kenyataan Dato’ Seri Vida terhadap isu yang melanda dirinya.

Baru-baru ini, DSV ditermurah oleh akhbar tempatan dan menzahirkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa beliau sengaja membuli artis dan menegaskan bahawa niatnya adalah untuk membantu artis sendu.

Disamping itu, DSV menegaskan memberitahu tujuannya menaja program tersebut adalah untuk menaikkan artis lama kembali bergiat aktif dan sekaligus memajukan perniagaannya.

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, Que Haidar membidas semula kenyataan DSV yang dianggap melampau kerana Aishah bukanlah calang-calang artis. Que Haidar juga menasihati  DSV agar hormat orang-orang lama dalam industri hiburan jika ingin menumpang meningkatkan hasil jualan produknya itu.