Bukan hadiah hari lahir: Aeril Zafrel

JIKA sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel telah menghadiahkan sebuah kereta mewah buat isterinya Wawa Zainal, terbaru giliran Wawa pula membuat kejutan kepada suaminya itu dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.

Aeril ketika ditanya mengenai hadiah tersebut berkata, alhamdulilah, itu semua hanya pinjam-pinjaman.

Kereta tersebut bukan hadiah sempena hari lahir kerana tarikh lahir Aeril adalah pada bulan Disember.

“Barangkali kerana berkembangnya bisnes Wawa Cosmetic dan Wawa Beauty yang insyaALLAH akan memasuki farmasi mulai November ini.

“Lebih kepada keselesaan keluarga dan bisnes. Yang paling penting kemudahan yang ALLAH bagi tak disalahguna,” ujar Aeril.

Terdahulu di Instagaram Wawa turut menitipkan kata-kata buat suaminya itu.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya ALLAH syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” tulisnya di Instagram.

Sumber:Sinar Harian