Mood bukan sesuatu yang boleh kita jangkakan. Ada orang menjadi moody bukan kerana dia mahu tapi tidak dapat mengawal perasaan dan emosi yang dialami. Tapi sedarkah anda ada individu yang menjadi moody kerana dia ingin mengawal situasi.
Berdepan di situasi bersama dengan orang yang moody sememangnya memenatkan dan tertekan. Jadi, kami sediakan strategi untuk anda ketika dengan mereka yang masam mencuka 24/7 ini.
#1 Cuba untuk memahami.
Sesetengah orang mungkin menghadapi kesukaran yang kita tidak tahu. Terutamanya para remaja, mereka sering beada dalam emosi yang berkecamuk dan memberontak. Ia sangat penting untuk anda memahami mereka sangat ini. Namun ingat ada juga yang menggunakan konsep moody untuk memanipulasi orang lain untuk mendapatkan kemahuan mereka.
#2 Berehat sebentar.
Jika anda tinggal atau bekerja bersama dengan orang moody, beri masa untuk diri anda berehat. Berurusan dengan orang sebegini memang boleh mental kita pula jadi penat. Pergilah berjalan selama 5 minit atau berbual dengan orang yang tak moody!
#3 Bertenang.
kita takut dia menjadi moody gara-gara dari silap kita tapi bila difikir semula tiada apa pun. Tenang sahaja, sentiasa ingatkan tiada apa yang anda boleh buat untuk memperbaiki mood mereka. Biarkan sahaja.
#4 Say bye bye.
Bila anda dah mula bosan dan turut tertekan dari impak moody mereka. Jauhkan sahaja diri anda, buat apa untuk bersama dengan mereka yang hanya mahu ‘mengambil’ tapi tidak ‘memberi’. Cukup-cukuplah dengan timbang rasa yang anda beri pada mereka.
#5 Jangan layan.
Paling simple, anda tak perlu layan pun emosi tak tentu arah mereka itu. Anggap sahaja mereka tidak moody dan tiada apa yang dapat mengubah hari anda. Sentiasa ingat anda tidak boleh mengawal emosi orang lain tapi anda boleh ubah reaksi terhadapnya.
Sumber:Petua Ibu