Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali

NUSA DUA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan kawasan perairan kepulauan Bali Indonesia awal pagi ini, lapor pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, USGS.

Sehingga kini tiada kemusnahan teruk atau kejadian tsunami dilaporkan meskipun gegaran menyebabkan sedikit suasana panik dalam kalangan penduduk.

Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank dunia dijangka berlangsung minggu ini dengan dihadiri lebih 19,000 delegasi dan tetamu, termasuk menteri dan pemimpin negara.

Dilaporkan, gempa yang dikesan sekitar Laut Bali itu menggegarkan bangunan untuk beberapa saat dengan ada penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di Denpasar.

USGC berkata gegaran berpusat di sekitar 40 km ke timur laut Sumberanyar, pulau yang berhampiran Pulau Jawa.

USGC berkata gegaran berpusat di sekitar 40 km ke timur laut Sumberanyar. - Grafik Astro AWANI
Indonesia baru-baru ini dilanda gempa dengan kekuatan 7.5 magnitud bersama kejadian tsunami di Sulawesi, yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa. – Reuters

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: http://www.astroawani.com

Foto:MalayMail